Friday, 6 December 2013

ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY

Assalamualaikum
musim hujan ni ada juga yang buat GA hujan kan
hihi
jom join reramai
hadiah pun best2
   
http://summerkisseswinterrain.blogspot.com/2013/12/adrianna-syaz-first-giveaway.html 

http://summerkisseswinterrain.blogspot.com/2013/12/adrianna-syaz-first-giveaway.html
gambar hujan ihsan daripada Izun bin Ithnin masa dia ke Pahang.
Harap ada rezeki menang GA ni yee.
:) :) :)

Monday, 25 November 2013

First Simple Giveaway By Amila

Jom Join GA ni beramai-ramai!!!

Tamat:25/12/2013

rangkaian : Maxis

Saturday, 9 November 2013

1K Giveaway By Cik Arnab

Assalamualaikum
jumpa GA kt blog Yumida tadi
jom ramai-ramai join
hehee

http://cikarnab.blogspot.com/2013/11/1k-giveaway-by-cik-arnab.html

Thursday, 7 November 2013

Pasti Rinduu

Assalamualaikum

entry no dua untuk hari ni.

Alkisahnya :
petang semalam masa iron baju sekolah, tiba-tiba rasa sebak dan touching..kihkih
dalam hati
"nilah saat-saat terakhir aku gosok dan pakai baju-baju ni kann..tah bila lagilah dapat pakai.."
amboi, aku ni berperasaan jugak kan..tapi actually sesungguhnya mungkin akan lebih merindui kawan-kawan sekelasku..
hmm
perasaan yang jarang wujud dalam diri aku..
semoga kenangan pahit masam manis semua tuu kita simpan jadi kenangan sepanjang hidup..

yang pernah terkecil hati dengan nabila, yang ter ter tersengaja atau tak tersengaja, maafkan nabila..
halalkan makan minum nabila..

dari kiri berdiri : saadiah, norapida, midaa
duduk : me
me dan saadiah
pertandingan kembung pipi
yeay saadiah kalah ditewaskan nabila


kak pidaa dan dik pijah
done done entry hari ini..ntah bila lagi bermood nak menaip..
Assalamualaikum..

Hi-tea Prauniversiti SMK Datuk Menteri 2013

Assalamualaikummmm..

Haa,done done 2 papers and 3 papers left..
yupp, just 3 left nabila..
go go..
hehe
tadi pengajian am, 
pehh pehh susah amat..tapi siap jugaklah, sayang nak tinggal kosong tempat jawapan tu kan..
harap-harap lembut laa hati penanda kertas jawapan eden tuu..biar dia tak nampak salahnya..
ammin..

nak story ni
pelajar pra universiti smkdm ada buat hi-tea hari tuu..
tahun lepas kan dah buat annual dinner, so tahun ni buat hi-tea pulak..
hi-tea ni buat kat Hotel Katerina, Batu Pahat..
seronok sangat..
tema : warna hijau + hitam
waktu : 3.00pm - 5.00pm
tarikh : 31 oktober 2013
hari : jumaat

nora, me, saadiah


the girlss


gadis, bunga dan nombor cabutan bertuahnyaa..

dah tersidai semuaa..kekenyangan..hihi
ouh kak pidaa, naiknya pipi hang..jeless
rasanya agakk tak sopan gayaku ini..kan??
dahh jom balik rumahh..
sampai rumah pukul 7 lebih jugak laa..lama tunggu bas je..
ok ok, stop sini..ada masa kita taip lagi, kalau tak malas laa..hee

Assalamualaikum
tata titi tutu

Saturday, 12 October 2013

Key Chain Giveaway by Ikhwan Yusuff

Assalamualaikum readers :) 
selamat hari sabetuuu.. jom join ga ni, mudah dan simple je caranya..jumjum..


hmm, bulan depan dah final exam..
izun janganlah stress sangat eah nak exam ni, study dan jangan tinggal solat/doa.. aku mahu melihat kamu gembira.. insha-Allah di dunia dan di akhirat :)

Saturday, 5 October 2013

Giveaway Me & My Family 2013

Assalamualaikum..
dah lama tak join segmen/ga, hari ni mood pulak nak join.. 
jom join reramai!
tarikh tutup : 2 November 2013

Friday, 20 September 2013

Bestday Big Bro

hai..hai..hai..
dan Assalamualaikum !

just the short entry for my lebleb boy..
selamat bertambah umurnya
"Izun bin Ithnin"
yang ke-19 tahun
pada 19September2013
iaitu semalam(hari Khamis)..
heee



selamat tambah umur sayang
♡♡♡♡♡♡

Thursday, 12 September 2013

Projek sem 3

Assalamualaikum ebelibadiii..
waa, lama amat tak taip-taipan kat blog.. 
sibuk + malas = terbengkalai lah blog ni.. 
blog lagi satu pun gitu, entah mengapa, mood menaip tak nak mai lah..hihi

haa, ni pun baru balik daripada pameran seni pra u smk datuk menteri..
hasil kami melukis dan mewarna untuk subjek psv(pbs)..
pehpehpeh..
penaaat..tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.. :)
thanks semua yang membantu merealisasikan pameran seni ini..
jasa kalian dikenang-kenang..

kacau dia mewarna, sorry sayang.. :)

Saturday, 3 August 2013

SEGMEN MARI TAMBAHKAN FOLLOWER BY DIK AN JULAI-OKTOBER

Assalamualaikum
jum join segmen ni, senang je

Friday, 26 July 2013

Giveaway Meriahkan Syawal by Mohd Zuhri

Assalamualaikum
jum join segmen 
harap rezeki menyebelahi :)


Tuesday, 23 July 2013

little sista :)

Assalamualaikum

yeay bila dapat adik baru!
tapi adik ni lain sikit, dia lebih besar daripada kakak dia ni..haha
kalau jalan berdua, ada kemungkinan orang fikir dia kakak eden walaupun dia baru tingkatan 3.

actually dia adik kepada Izun bin Ithnin, kenal?
dia si buah hati lah..
namanya Aisyah binti Ithnin, Alhamdulillah kami memang satu geng dan sekepala. best sangat, maklumlah bila takda adik perempuan, nak juga merasa manja adik. :)

adik comel, kakak lagi comel


ecot :D


hahaa, entry kali ni memang untuk kau dik ;-)
sayang ecah sangatsangat!

ehem, selamat berbuka puasa kalian-kalian yang beragama Islam dan sedang berpuasa

Friday, 19 July 2013

GA Ramadhan Raya by Emas Putih

Assalamualaikum :)
jum join segmen

Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


nombor giliran saya
#264

Thursday, 18 July 2013

Syawal Giveaway by Syazlia & FD

Assalamualaikum anda anda anda semua
giveaway again. hee.


klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Peplum tribal x 3, skirt lycra x 1, pashmina x 1, shawl x 1, brooch x 3, topup RM10 x 2, topup RM5 x 3, duit Raya RM20 x 2


siapa mahu join, silalah. jangan segan-segan, kalau ada rezeki, menang hadiah.

nombor giliran
#85

Tuesday, 9 July 2013

2013 Giveaway from Farra Izzaty

Assalamualaikum
selamat berpuasa kpd umat Islam sekalian ! :)
blogwalking dan join segmen..
rezeki ada di mana-mana..hee


 
Giveaway ni mula pada 8/7/2013-20/7/2013

Friday, 7 June 2013

Giveaway by Waney Zainuddin - Duit Raya 2013

Assalamualaikum
entry lewat malam : join blog GA by Waney Zainuddin
dia dah invite kita, so thanks :)



Cara:
1. Follow my blog (WaneyZainuddin.com)
2. Buat entry yang bertajuk "Giveaway by Waney Zainuddin - Duit Raya 2013"
3. Copy & paste banner kat atas tu. Link kan banner pada entry ni.
4. Tag 3 orang kawan untuk join GA ni (dan dorang mesti tau)
5. Dah siap, tinggalkan link entry dalam ruangan komen di blog beliau okey.

Cuti Ini :)

okey
hmm
hai
Assalamualaikum !

haa cam ne dengan cuti 2 minggu anda?mesti best kan..
sepanjang saya cuti ni, tak berjalan sangat..ade je kat umah, mama cakap hujung tahun ni baru jalan-jalan dan  ber"honeymoon"..
almaklumlah, saya dan adik-adik nak exam "besar" tahun ni..
saya : STPM
adik ke - 3 : SPM
adik ke- 4 : PMR
haha.. besar tak besar lah, badan eden gini jugak sejak tingkatan 2..

okey lah bukak cita lain ea..
emm, ahad lepas (2 Jun 2013), akak sedara saya dah selamat pun bergelar isteri orang pada usia 24 tahun..
kitorang taklah berape rapat, tapi mesra orangnya, maklum jelah dia bakal cikgu :)
muka pun manis dan berseri..tahniah kak iza..semoga jadi isteri solehah di dunia dan di akhirat..
ammeeen

congratulation dear ;-)
dia baru lepas nangis

pelamin mini yang kiut miut sesangatnye !

dating ngan budak kecik ni..
on my way to Parit Sikun, see my future ehem :)

hmm, cukup lah agaknye ni..tulis banyak-banyak bukan ade orang baca pun..
haha

btw, rindulah kat dia.. awak,rindu kita tak?

tata titi tutu
jgn nakal-nakal

Assalamualaikum




Friday, 31 May 2013

Kebetulan kut :)

Assalamualaikum :)

tadi bila beli majalah Dara.com bulan Jun, tak sangka keluar lagi muka kitorang, gambar yang sama pulak tuu. sedangkan majalah Dara.com bulan Mei baru kuarkan gambar ni. hehe



Thanks Dara.com! merasa jugak masuk majalah ni..
:)
Assalam

Tuesday, 28 May 2013

Malasan Sahaja Awok Ni

Assalamualaikum 

dah nak habis bulan mei, baru ni nak update, mengapa ini semua terjadi kpd ku?
nape malas nak update?
malas tuu menjadi-jadi bila dah start minggu exam. lagi lah alasan!
act, pagi last paper tuu(makroekonomi), dah bajet dan tak sabar gilaa nak update blog untuk ceritakan ape yang terjadi sepanjang bulan mei, tapi hampeh belaka.
malas tahap tak hengat!
aduuh..
ni dah cuti hari ke-4, pun masih bermalas-malasan.
mencikk ahh..
next time i update lagi yee u'olls
tgh karang essay untuk entry yang dah lapuk dan berhabuk..wuu

untuk awak : jaga diri kat sana k, jgn nakal2 naa..jgn lupa solat..
then,congrate untuk kakak awak yang convo tuu, cakap kat dia kita nak pinjam jubah convo dia..hehe

assalam..daa

gitu crown kau kan nabila? haha


Saturday, 20 April 2013

ohh trialku !

Assalamualaikum !

Lame tak hapdet blog kan..tak tau nak hapdet ape lah, dah 2 minggu pun blog ni terbengkalai dan mungkin jugak lusuh..ish !

macam tak patut plak..

minggu depan dah start trial stpm sem 2, preparation ? please tolong dan mintakmintaklah sangat mood tuu datang nak buat prepare kan..emm

mood : tak stabil, perlukan darah yang manis ! haha


saya terima awak seadanya, begitu juga saya mengharapkan awak menerima saya seikhlasnya..


Saturday, 30 March 2013

Bertemumumumu


Assalamualaikum !

yeay ! 

hari ni kita nak gi dating !

bukan dengan teman lelaki, bukan dengan mak atau bapa teman lelaki..

no no no !

hehe

tetapi dengan kawankawan lame yang dah lame tak jumpe tapi yang kita tak penah lupa..

neves ni keh !

2009

gambar ni masa kitorang hot lagi taw !
najwa=nabila=nadia
*3 budiman*

sayangsayang sume

setelah hampir 3 tahun tak jumpa,hari ni kita berjumpa balik..


2013

dalam keta kuda kaler kuning..
*batuk darah

Alhamdulillah, gembira dpt jalanjalan ngan dorang..
lain kali kita kuar sesama lagi keh..sayang korang=)

sahabat selamanya

Assalam

Friday, 22 March 2013

Dugaan Kecil

apa yang kita dapat hari ini,beringatlah untuk esok..

untuk awak tahu : saya akui saya ego tapi saya taknak kelihatan yang saya terhegeh-hegeh dan berharap awak akan datang kepada saya tapi pada hakikatnya tidak..

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara


10 JamadilAwal 1434 hijrah 

Assalamualaikum ! eh eh,buat pe tuu? lame akak tak update blog ye dak..haa
entry hari ni cume nak join segmen a.k.a giveaway sajee..jumpe segmen ni kat blog kak mimi najib..
segmen oleh blog bicara mak dara..
soo,selamat bersegmen !

Senarai penaja : 


           Saya nak tag : kak mimie najib,haziq fikri dan cik sufia

tarikh tutup segmen 31 mac 2013 tau,cepatcepat kalau nak join..banyak hadiah nih..=)

Assalam

Wednesday, 13 March 2013

yeay !

1 Jamadilawal 1434 hijrah

Assalamualaikum ! 

Sihat?kalau sihat,Alhamdulillah,kalau tak sihat tuu sabar k=)

hari ni pelajar tingkatan 6A2 akan dijemur di padang UTHM.
yeay !
harap2 cuaca redup..

Thursday, 7 March 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

24 Rabiul Akhir 1434 hijrah

Assalamualaikum,ehem2,kite baru balik drpd pertandingan petanque ni..penat3 walaupun jadi pemain simpanan dan pompom girl jaa..haha
terima kasih kak mimie najib coz jemput bila join segmen nih=)
soo,dengan rasminya,
"nabila join segmen nih"
hihi

http://hanyadihatiku.blogspot.com/2013/03/segmen-mari-tambah-kenalan-dari-blog.html

setakat ni,Alhamdulillah ade 59 orang follower..harap2 lepas ni bertambah lah ye..=)=)
terima kasih..
ni senarai peserta segmen nih..>,<

Wassalam

Monday, 4 March 2013

Alahai PBS Pengajian Am

21 Rabiul Akhir 1434 hijrah

Assalamualaikum ! buat pe tuu?sibuk kaa?
dah lame tak menaip kat sini kan,emm..tak taw akak nak update ape dik..hehee
skrg ni tgh kes kat Lahad Datu,Sabah kan,seram lah dengar,bace dan tgk berita tuu..walaupun kita dok semenanjung kann,tapi berita kematian beberapa orang anggota polis kita tuu menunjukkan bahawa keadaan kat sana tuu agak membimbangkan..haish ! pape pun doakan jelah kesejahteraan orang-orang yang bertungkus lumus mengawal keadaan kat sana tuu..meh ammeen sesame..

emm,khamis ni bila ade pertandingan petanque peringkat daerah kat batu pahat,kwsn pertandingan tak tahu kat mane..=D
harap-harap dapat bawak balik lah kejayaan..hal ini demikian kerana,majulah sukan untuk negara..haaa nampak tak semangat eden..=)walaupun wakil bukan golongan profesional dalam permainan petanque ni kan..

esok 5 mac,bila suke ambil kesempatan ni untuk ucap selamat tambah umur untuk apis yang ke-19 tahun..semoga dapat pointer yang banyak-banyak kat matrik tuu ye..hadiah sila claim boucer buku 1 Malaysia yang hang dapat tuu..hehe

jap mai jap p mood eden nak melukis bendalah ni haa..tah jadi muka sapa ek,bakal junior eden  kut..hee=D
comel tak bang?

salam suma,jangan nakal-nakal..=)


Sunday, 17 February 2013

Penyesalan

emm,hai dan Assalamualaikum
intronye larat takat ni je..=(

apabila dia balas mesej macam tu,lagu Untuk Dia yang selalu aku layan tu pun dah rase macam tengah dengar lagu hardcore..terasa sangat nih !

*walaupun perbuatan tu sudah disusuli dengan kata maaf,mungkin tak cukup kan..
Masha-Allah..

ampuni Nabila, Ya Allah..

Friday, 15 February 2013

Selamat Tambah Umur Cikgu Khir

4 Rabiul Akhir 1434 hijrah

Assalamualaikum !

How about you, you and you ?*act like there anyone will answer this kind of question rite?
hehe..
cuace tempat bila kat sini asik hujan je,sepanjang hari pun sejuk jaa..Allah turunkan rahmat buat hamba-Nya atas muka bumi ni..so cepat say "Alhamdulillah,terima kasih ya Allah.."
Sepanjang seminggu cuti sekolah ni,bila stay kat ghuma je.cume cikgu yati je yang rajin buat kelas kan.macam sabtu minggu lepas,dia buat kelas Seni Visual untuk pelajar kelas 6A1 ngan 6A2,ramai jugak yang datang untuk sesi pertame ni..nasib baik daripada pagi sampai tengah hari cuaca baik..=)kelas sampai  pukul 11 lebih,habis je kelas,haa ape lagi,bila dapatlah jumpe big bos ni kejap,lepas rindu katenye..yelah,cuti seminggu kan..hee


usap perut ye bang?haa,bulat perut dia kan..he

Lagi 1 story yang bila nak share,pada hari khamis(7 feb 2013) sebelum cuti raye cina kan,salah seorang lecture a.k.a tuan besar kelas kitorang sambut ulang tahun kelahiran ke-47.tuan besar yang dimaksudkan ialah : Encik Khir Johari bin A. Majid. beliau guru kelas pra u 2 Budiman.hee,sayang cikgu.. muke garang tapi hati banyak baik..tahniah cikgu,meningkat lagi umur cikgu.semoga har-hari yang mendatang sentiasa diberkati Allah dan sabar mengajar kami.. =)

Gambar sekitar majlis 20 minit tuu :>

kek : HadieyZie's Bakery
coklat lembap yang sangat melembapkan sampai  tulisan kat atas kek tuu dah berlari-lari anak..terime kasih adi..=)
yang tengah tulah tuan besar..=D,terharu dia bila kitorang nyanyikan lagu Allah selamatkan kamu.
dan semoga cepat dapat pangkat Datuk ye..

sukelah tuu !
hey jaah,muka takyah cm tu ye..dayana takut sangat tak dapat kek..hehe

gambar drpd fb sufia

emm,entry ni dah nak tamat kut..hee..thanks 4 reading..
Assalam=)




Sunday, 10 February 2013

sejuk !

29 Rabiul Awal 1434 hijrah

Assalamualaikum 

ehem,tadi ade orang merajuk dengan kite,harap-harap lepas ni dia oke..awak,sila senyum bace entry ni ye..cuti sekolah seminggu ni,tak dpt lah dia kenyit mate kat kita kan.. =)
haa,malam ni bila update lirik lagu je lah ye,

Sabarlah Hati - Elly Mazlein

Saat Kau datang dalam hidupku
kusangka ini cinta terakhir
ternyata malam penuh bintang
berakhir dengan mendung 

menari aku dengan gelisah
lagi lagi lagi ku menangis
sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku

tenang la jiwa.. iring langkahku
ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu

ternyata malam penuh bintang
berakhir dengan mendung 

menari aku dalam gelisah
lagi lagi lagi ku menangis...

meski hati sering dilukai
takkan menyerah aku mencari cinta ...

sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku
tenang la jiwa iring langkahku
ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu

sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku
tenang lah jiwa ...

sabarlah wahai hati ....
jangan menangis ...



lagu yang takde mengena dgn bila skrg nih,tapi suka melayan lagu baru cik elly ni..=D
*sila dengar..
tajuk entry ni plak memang takda kenanya,tapi dah 2 hari hujan,sejuk jugak lah malam kan..
hehe

Assalam

Saturday, 2 February 2013

Tahniah !

21 Rabiul Awal 1434 hijrah

Assalamualaikum..
selamat pagi semua,semoga dlm perlindungan Allah hendaknya..

hari ni nak update psl ape? bagi idea ckt,agak-agak dapat tak?

emm,pagi tadi bukak blog,bace komen sorang admin blog nih,memang terkujut sangat tahuu..ni hah kak maisarah,beliau penah buat segmen a.k.a contest lah

          

  "Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati"





dan bila sangatsangatsangat lah terkujutnye apabila terpilih sebagai salah seorang peserta yang menang..bila dapat nombor 3 okeh,heee
tak sangke plak boleh menang,tapi dah rezeki,ye dak?? 
Alhamdulillah..
rupanya ade hikmah disebalik ujian yang berlaku nih..
*senyum cepat !

k tatatititutu..daaa
Assalam

Monday, 21 January 2013

tittle-less

9 Rabiul Awal 1434 hijrah

Assalamualaikum..
just a short part of entry..

wahai hati,tolong bertenang ea..bila tak tau ape jenis perasaan lah ni yang tengah bersarang kat dalam hati..macam tengah gembira,macam tengah tertekan..haishh,teruk nih!! 

Ya Allah,beri kekuatan untuk hati kecil ni..semoga apa shj keputusannye nanti,itulah yang terbaik buatku dan orang disekelilingku..ammeen~

Saturday, 19 January 2013

cat - mengecat 2013

7 Rabiul Awal 1434 hijrah

Assalamualaikum
 Ape khabar ek orang tengah bace blog comot kite ni?semoga sihat-sihat je ye..

bila kat sini sihat sangat,tengah hepi lagi tau..heeee
*rase cam nak terbang plak..

haa,hari ni bila pegi gotong-royong kat sekolah..bila main cat ngan budak-budak kelas..kitorang cat blok elit,1 blok tu,perghh wane dia,meriah sangat lah ! wane pink + purple..kitorang yang jadi tukang cat ni pun sangat seronok buat keje,excited walaupun gerimis sepanjang hari sejak semalam !

kite tengok gambar ye : >

aiman dan adik susuan dia.syazwan o~

saadiah gembira dapat pegang berus cat !

ameerul anuar a.k.a bam,thanks selamatkan kite ngan dayana tadi..heee

oke cover sikit drumstick tuuu fieza..

yayang izun paling rajin pagi tadi*time ni belum declare..hujan pun dia redah tau demi cat,tengok semangat dia tuu kan..

dayana suka sangat blok dah tukar wane lain..rajin budak ni tauu..

haruslah ade gmbar tuan rumah kan,ni bila dengan  cik wana..kawan bila sejak tadika@6 tahun !

Bila balik kol 3 lebih..pehh,penat dek non..

sape yang tak datang tadi,tak bleh masuk kelas Isnin ni..heee
k tatatititutu dan Assalamualaikum..