Monday, 26 November 2012

Sepupu Baru

12 Muharam 1434 hijrah

Haihaihai dan Assalamualaikum kpd anda anda yang tengah baca blog bila yang tak sebrape ni kan..

Okeoke,hari sabtu yang semalam kan bersamaan 24 November 2012,pak ngah bila buat majlis perkahwinan anak bongsu dia,bila panggil abg amal dgn isterinya kak fazliana..majlis kat tempat pempuan dah buat minggu lepas kat Pulau Pinang..oh ya,pak ngah bila ni orang Rengit,Batu Pahat..

Bila rapat sangat dgn pak ngah,sebab pak ngah paling baik ngan bila tau..majlis ni kira paling best r sebab bila dapat ambil gambar ngan pengantin..sebab sebelum2 ni bila mcm terpinggir jek klau kat majlis2 sedare mare ni..hmm..sepanjang majlis ni,bila berkepit je dgn sepupu bila..yang sebaya,bila dgn fatin faiqah,lagi sorang,kak ana umur dia 19 tahun..comel je dorang ni taw..faiqah ni pun pelajar tingkatan 6 jugak tapi kat SMK Tun Sardon, Rengit..kak ana plak belajar kt kolej di KL..

Gambar sekitar majlis :)

ade askar tgh berkawal,takut pelamin ghaib..hihihi

pasangan pengantin diapit oleh kak ana(baju merah), fatin faiqah(baju hitam)  dandandan  flower girl  duduk bersimpuh..rase sngt spesel..huhu

nabila dgn kak fazliana..ratu hari tu..
faiqah nak jugak ambil gmbr ngan pengantin..


kak ana jgn tembak izzy! dia tak bersalah oke..

aik!main kawin2 kah? tahniahtahniah..

dah siap majlis,baliklah kn...takkan nak basuh periuk plak kan??
bila balik dalam pukul 5 ptg lebih..
Selesai sudah entry kali ni..terima kasih krn sudi bace.. :):):)

Sunday, 25 November 2012

Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati

 11 Muharam 1434 hijrah

Assalamualaikum reader,tgh buat ape tu?
Hari ni bila join contest pertame sejak bila mule berblogging ni..
  

bila join pun sukesuke je,ade rezeki,ade lah kan.. : )
kalau anda anda nak join contest ni,klik banner kat atas ni oke..
ade hadiah menarik untuk pemenang bertuah taw..
Hadiah pertama
dapat sehelai shawl yg sangat lah cantik drpd Hijab Seekers
Hadiah kedua
tambah nilai RM 30, ke telco MAXIS,DIGI & CELCOM
Hadiah ketiga
tambah nilai RM 10, ke telco MAXIS,DIGI & CELCOM
dan
Hadiah pemenang bertuah
review blog2 pemenang oleh djdanchef

selamat mencube

sayangsayangsayang
NNSBB

Sunday, 4 November 2012

Demam Peperiksaan :(

19 Zulhijjah 1433 hijrah

Assalamualaikum..
esok dh hari isnin ek,maknenye esk dh mule pekse lah kan..
okeoke
alhamdulillah,pagi tadi bangun tido,sedar2 bdan dah lemah..rupenye dpt demam+selsema..
pape pun,hrp dpt bwt yg terbaik utk kertas pengajian am esok ye nabila..
doa utk bila ea..

sayangsayangsayang
NNSBB

Friday, 2 November 2012

Buat Wanita

17 Zulhijjah 1433 hijrah

Assalamualaikum..
hari ni bila nak share fakta yang sangat berguna kpd para wanita khususnya ea..sayangi dirimu wahai wanita sekalian..

PERINGATAN BUAT WANITA

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

semoga nabila berpeluang menjadi isteri yang solehah suatu hari nanti..
~ammeeen~

sayangsayangsayang
NNSBB